KLINIK HUKUM |
Perkhidmatan Klinik Hukum, Fakulti Syariah dan Undang-undang akan membantu menjawab persoalan-persoalan yang diajukan sama ada oleh warga UIS, orang perseorangan mahupun organisasi yang berminat. Mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat ini secara temu janji atau ‘walk in’ secara percuma.
KLINIK RUNDING CARA SYARIAH & UNDANG-UNDANG |
Klinik Rundingcara Syariah & Undang-undang (KRC), Fakulti Syariah dan Undang-undang, UIS ini beroperasi secara rasminya pada 02hb Mei 2017, bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai sebarang permasalahan berkenaan isu-isu kekeluargaan Islam mendapatkan khidmat nasihat guaman syarie secara percuma.