DASAR KUALITI  FAKULTI

Membangunkan kurikulum pendidikan tinggi 'integral’ (Tawheed) dalam bidang syariah dan undang-undang serta menawarkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang menepati kehendak mahasiswa, pihak-pihak berkepentingan, ummah dan pasaran.

  OBJEKTIF KUALITI  FAKULTI
  1. Menyediakan dan memastikan kurikulum pendidikan Syariah dan undang-undang berteraskan tauhid dan berdaya saing.

  2. Memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang cekap, sistematik dan berkesan.

  3. Memastikan mutu perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan kualiti yang berterusan.

  4. Memberi komitmen terhadap peningkatan secara berterusan dalam aspek perkhidmatan, kualiti graduan dan sistem kualiti.