OBJEKTIF PEMBELAJARAN FAKULTI
  1. Menyediakan graduan yang memahami prinsip-prinsip syariah dan perundangan serta cabang-cabang berkaitan melalui sumbernya yang sah.

  2. Membina kemahiran mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan syariah dan perundangan melalui latihan bersepadu sejajar dengan perkembangan ilmu dan teknologi semasa.

  3. Membangunkan potensi menjadi golongan profesional syariah yang beretika dalam sektor pentadbiran, perkhidmatan, perundangan, pengurusan dan pendidikan dengan mengambil kira keperluan dan perkembangan masyarakat dan negara.

  4. Memantapkan kemahiran syariah melalui aktiviti rundingcara dan program kemasyarakatan serta perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang yang berkaitan.

  5. Menjana kepakaran dalam bidang syariah dan perundangan agar lebih progresif dan aktif memberi sumbangan ilmu dan penyelidikan kepada masyarakat dan negara serta menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.
     

  HASIL PEMBELAJARAN FAKULTI

Graduan Fakulti Syariah dan Undang-undang berupaya :

  1. Memahami prinsip-prinsip syariah dan perundangan serta cabang-cabang berkaitan melalui sumbernya yang sah.

  2. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan syariah dan perundangan.

  3. Menjadi golongan professional syariah yang beretika dalam sektor pentadbiran, perkhidmatan, perundangan, pengurusan dan pendidikan.

  4. Memberi khidmat runding cara dan melibatkan diri dalam program kemasyarakatan serta perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang yang berkaitan.

  5. Menawarkan khidmat kepakaran dalam bidang syariah dan perundangan.

  6. Memberi sumbangan ilmu dan penyelidikan kepada masyarakat dan negara.