MOTO FAKULTI

Peneraju Profesionalisme Syariah (Leading Syariah Profesionalisme)

  VISI FAKULTI

Menjadi fakulti premier dalam menerajui bidang syariah dan perundangan berpegangkan prinsip iman, Islam dan ihsan bagi mendapatkan keredaan Allah.

  MISI FAKULTI

Mencapai kecemerlangan dalam urus tadbir, akademik, penyelidikan, perundingan dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

  MATLAMAT PENDIDIKAN FAKULTI

Membentuk daie, ulama dan umara melalui dasar pendidikan yang berteraskan integral knowledge dan berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

  OBJEKTIF FAKULTI

Berdasarkan keperluan semasa, kepentingan agama dan negara, Fakulti Syariah dan Undang-undang menetapkan objektif seperti berikut:

  1. Melahirkan graduan yang beriman, bertakwa, berintegriti, seimbang dan mahir dalam bidang syariah dan undang-undang serta berkebolehan mengaplikasikannya.

  2. Menyediakan graduan yang berkebolehan, beretika dan mampu menerokai sektor pentadbiran, perkhidmatan, perundangan, pengurusan dan pendidikan.

  3. Melahirkan ilmuan yang profesional, kritis dan mampu menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan hukum Islam dan perundangan dalam masyarakat.

  4. Mengembang dan memajukan ilmu syariah dan undang-undang melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan.